Program Pembangunan Kapasiti Advokasi Pusat Internet Kluster Kuala Lumpur 2018

16 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 14 - 15 Disember 2018, seramai 14 orang petugas Pusat Internet Kluster Kuala Lumpur telah menyertai Program Pembangunan Kapasiti Advokasi 2018 bertempat di Pusat Internet PPR Kg Baru Air Panas. Program advokasi ini telah bermula pada jam 10.00 pagi dan telah disampaikan oleh Cik Nurain dan Cik Fatimah Asilah.

Program ini dimulakan dengan pengenalan asas berkaitan peranan dan fungsi SKMM, teknologi maklumat, pengawalseliaan di alam siber dan inisiatif SKMM. Seterusnya, program advokasi ini menekankan panduan untuk menilai sumber di internet, panduan etika dan daya bijak di internet serta panduan keselamatan di internet. Peserta juga didedahkan dengan pengurusan risiko dalam talian seperti oversharing, maklumat palsu dan penipuan kewangan di internet. Bagi memantapkan lagi ilmu yang diperolehi, peserta diminta menjawab beberapa soalan melalui kuiz who want to be a millionaire. Program tamat pada jam 5.00 petang.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali